NOMBOR 1178 KAUNTER 1

Keropok lekor sudah sinonim dengan negeri Darul Iman ini. Terengganu, salah sebuah negeri di pantai timur yang selain daripada itu turut terkenal dengan nasi dagang. Pada bulan April lalu penulis ke negeri pantai timur ini untuk menjalani rakaman fotografi perkahwinan Nur Zahidah dan Mohd Zul Hairi. Rezeki sungguh penulis berkunjung ke Kampung Sura, Dunggun Terengganu, kerana suasana malam di tepi pantai Laut China Selatan sungguh menenagkan. Setelah seharian penat bekerja. Sebelum ke Shah Alam, penulis mengambil peluang untuk membeli keropok lekor. Destinasi pilihan penulis adalah B.T.B 2209 , BUKIT TOK BENG di Kuala Terengganu, jarak Dunggun ke Kuala Terengganu memakan masa 2 jam, penulis drive slow saja. Menurut cadangan sahabat penulis, destinasi ini merupakan tempat yang kian terkenal berbanding dahulu di Losong. Penulis terlupa nak bertanya maksud nama kedai tersebut.

Keunikan kedai yang menjual keropok lekor ini, adalah pelanggan diwajibkan mengambil nombor. Sebelum ini penulis pernah mendenar kedai nasi lemak, char kuew teow diwajibkan mengambil nombor giliran. Menarik! Mesti keropok kedai ini sungguh terkenal dan ramai penggemarnya.

Sesampai saja di hadapan kedai keropok lekor ini. Kedengaran sayup.. “NOMBOR 1129 KAUNTER SATU” detik hati, biar betul, ni kedai keropok lekor ke bank. Ternyata benar, penulis hanya tersenyum saja bila beratur mengambil nombor dan menunggu giliran. Ai syeh men! Kedai keropok ni..

KEROPOK LEKOR Bukit Tok Beng (5)

Setiap seorang pelanggan dihadkan pembelian sebanyak RM100 sahaja. Jika lebih dikehendaki mengambil nombor giliran yang baru. Tengok gambar ni, rakaman daripada hp BlackBerry.

kan...betulkan..

kan…betulkan..

Mula-mula penulis malu juga nak ambil gambar, hmm tak yah malu sebab siapa sahaja yang berkunjung mesti snap punya. Ternyata B.T.B 2209, BUKIT TOK BENG memang best!

borong

borong

penggunjung juga boleh melihat sendiri keropok lekor dibuat

penggunjung juga boleh melihat sendiri keropok lekor dibuat


banyak beli keropok bang..

banyak beli keropok bang..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: