Cuti menghapus Kenangan lalu mencipta memori

Last week kita sudah melewati ke Cherating, pada minggu ini..kebetulan dengan cuti sekolah yang baru sahaja bermula beserta dgn cuti Depavali ,Awal Muharam dan Hari Keputeraan Sul tan Muhammad IV memang cuti sakan sapa yang tinggal di Kelantan.
Origin penulis kali ini bermula dari Jeli kebetulan pulang ada tugasan di kampung halaman kepada pelancong yang datang dari utara, sila ikuti siri cuti ini.. percutian menghapus kenangan. Sebelum panjang lebar, Terengganu adalah rumah kedua penulis, kerana penulis ada ibu angkat di sini.. umi Noriza Kassim dan abah Amiruddin. Mungkin kepada pembaca percutian ini biasa sahaja. Pada penulis percutian kali ini sangat bermakna. Sebelum ini penulis ke Terengganu bersama insan istimewa ..malang jodoh tiada dia pergi.. maka siri percutian kali ini dapat menghapus kenangan dan mencipta kenangan baru.. Insyallah.

pantai rhu sepuluh . Penarik

Kita mulakan.. seperti biasa, seawal pagi.. kemas-kemas capai mana yang penting baju untuk main air..untuk tidur , ubatan duit sikit … penulis sekeluarga memutuskan untuk menggunakan laluan pantai iaitu melalui PENARIK, melalui pantai RHU SEPULUH.. jam 11 pagi kami singgah branch di kedai makan HASNIK SERI MERANTI yang menawarkan menu utama seafood tempura yg lebih dikenali ikan celup tepung, ada ikan, sotong. Selain itu ada juga mee / bihun sup.. yang pasti minuman wajib air kelapa atau air nyiur. Ikan celup tepung di sini segar.

ikan celup tepung

Kami meneruskan lagi perjalanan ke destinasi yang di tuju ke Kuala Terengganu, semantara menunggu check in jam 3 petang kami singgah di Masjid Kristal di Pulau Wan Man. Satu jalan ke Muzium Kuala Terengganu. Selesai solat jamak, kami berjalan-jalan di sekitar masjid. Penulis teruja sangat dapat melihat keindahan seni bina Masjid Kristal ni..dgn latar awan yg sangat biru..secara lebih dekat, phe’rak sat! kata org utara.. dan di Terengganu sangat banyak masjid.. no excuess🙂

cantikkan..masyaallah!

Di sini juga terdapat Taman Tamandun yang menempatkan monument masjid hebat seluruh dunia.. kami berdiri di depan pintu masuk..meneliti harga tiket untuk seorang dewasa RM 20.00 seorang dan kanak-kanak RM 8.00 dan warga emas RM 12.00 bab ni penulis memang tak tahan gelak dengan ayah,, dia menyatakan kepada ayah ngah, “kita dtg 10 tahun lagi,,sbb aku nk harga tiket 12.oo tu dgn cucu aku free..” kami ambil keputusan untuk tidak masuk..sebab semua ahli keluarga dah lemau kepenatan.. pesanan penulis.jangan lupe bawak payung,,sememangnya panas..

Taraa..kami dh samapi resort.. lupa pulak nak ambik gambar signboard ..hmm tak sabar nk mandi laut..swiming kt pool n makan2.. Batu Burok Beach Resort ini terletak di persisiran laut China Selatan.. betul –betul bersebelahan dengan lokasi TAMAN AWAM BATU BUROK, macam aktiviti riadah boleh dilakukan dan juga pelbagai pilihan makanan..dr sotong bakar, jagung bakar, hati terbakar tak da la..sbb da petang..

remp rempp

owh mane tuan putera ni…naik kereta cinderella..

ehemmm….juz joking

di kala malam jika kelaparan jangan risau di Kuala Terengganu banyak menawarkan restoren dan warung.. pada malam itu penulis menghabiskan masa berberborak dan swiming ..


sebelum pulang meninggalkan tanah negeri Terengganu paling tidak lengkap jika tidak membawa pulang Keropok ataupun berkunjung ke Pasar Payang rasanya tidak perlu di ulas panjang lebar, pembaca sudah sedia maklum kan Pasar Payang.. layan gambar ni je la…

keropok seri tanjung batu rakit sememagnya best

sampai ketemu siri cuti baru..mana ye..

BATU BUROK BEACH RESORT
09-6221410 / 622 7297

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: