berilah dia peluang melayar hidupnya sendiri

hari ini aku dan keluarga ku di kejutkankan dengan kunjungan pakcik aku..kehadirannya betul-betul buat aku tak senang..sesampai sahaja dia aku pergi meningglkan rumah..sungguh tak baik laku aku..lepas ini aku berazam tidak akan berkelaluan begitu lagi..bak kata ayah kalau kita marah sekalipun jangan tunjuk sikap itu..
marah aku kerana risau jikalau dia tinggal di sini lama..sebagaimana kisah setahun setengah yang lepas dia tingal dgn kami dan buat onar..susahkan mak…pakcik boy..itu panggilan yang aku dan adik-adik panggil..sangkut paut dengan judul tulisan ini adalah kerana dia berbeza dengan lelaki lain..
dia adalah salah seorang mangsa musuh utama negar..dadah…pakcik boy telah terlibat dgn penyalah gunaan dadah hampir 30 tahun.tadi dia melarikan diri dari pusat pemuliahn dadah..pusat ini lain dari pertubuhan NGO dan serenti..pusat ini milik persendirian pak hj di kampung lambung, wakaf baru lebih di kenali pondok ayah aji..pada peringkat awal kehidupan di sini pelatih di kurung di sebuah rumah yang memuatkan 50 org..mereka tidak dibenarkan keluar selama 5 bulan dari rumah tersebut..pakcik boy paling lama..8 bulan..masa raya tahun lepas aku pergi melawat dia..sebak aku tengok..pakcik boy kurus..dalam rumah tu aku tgk semua kepalanya botak kepala..semua pintu dan tingkap di pagar dengan besi..hampir macam penjara..kesian tgk pakcik boy.mula-mula kau tgk dia..aku tak dapat tahan air mata tengok deritanya tinggal di dalam tu.
akibat penceraian ibu bapa dan tiada pegangan agama yang kukuh dari kecil lagi telah menjerumuskan pakcik boy ke dunia derita ini..hilang nikmat hidup sebagai manusia normal..membina keluarga dan mempunyai kehidupan yang sempurna..tahun ini umur pakcik boy sudah 41 tahun…mula-mula aku tak bertanya banyak pada mak tentang pakcik..hinggalah sebelum dia naik bas dan pergi..pakcik tak ada duit satu sen pun..sesampai pagi esok di kuala lumpur dia akan merempat sementara di masjid sambil cari kerja..alahai..sejak tinggal di tempat pondok ayah aji tu pakcik mengidap darah tinggi sebab stress pada masa yang sama juga..dia juga megidap batu karang..kalau nk di ceritakan kisah pakcik boy dibuang keluarga ni tak abis satu hari..cuma aku tak tahu dia pengidap HIV atau tidak wallahualam..namun kali ini perubahan pada pakcik boy lain ckit..solat tiap kali masuk waktu mungkin sudah terbiasa dengan rutin harian di pondok ayah aji tu..harap kekal lah macam tu..mak dan ayah bagi sekali peluang untuk dia..mak baru memaklumkan pada aku..isteri pakcik dari Bangkok dah pun sampai KL..mungkinkah pakcik balik mengikut isterinya Mel atau tinggal di bumi kelahirannya Kuala Lumpur..begitulah hari yang dilalui Hendry Edward Lind @ Bumidin bin John William Lind @ Yusoff..jikalau aku tidak memafkan serta memberi peluang kepada pakcik..aku takut aku terlambat untuk minta maaf darinya..kerana aku tidak tahu bila lagi aku akan bertemu dia..

biarlah dia cuba hidup cara dia..jangan pilih jalan hitam

pakcik, min harap pakcik pulih dan jalanilah kehidupan dgn baik..begitulah sekali salah pilih bertahun-tahun menggung derita..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: